March 2008
March 18, 2008
March 13, 2008
Selama hampir 2 hari aku tak tidur krn risaukan keadaan isteri di HUKM. Kalu tertidur pun, 5-10 minit, pasti terjaga sebab teringatkan isteriku yg sedang sarat. Dia telah dimasukkan ke HUKM pada petang 25 Feb 2008. Semenjak itu, aku sentiasa menziarahinya di HUKM dan bila bukan waktu menziarah, kami akan berSMS. Isteriku mula merasakan contraction sejak malam itu hingga ke malam keesokannya. Pada jam 10 malam (26 Feb 2008), isteriku menelefon utk memberitahu aku bahawa air ketubannya sudah pecah. Dengan serta merta aku bergegas ke HUKM. Aku duduk diluar wadnya hingga jam 5 pagi kerana doktor mengatakan bahawa labor room sudah penuh dan tengah menunggu giliran.
Tepat jam 5 pagi, kami akhirnya ditempatkan di Labor Room. Dalam sana, isteriku mula rasa contraction yg amat kuat sekali. Kesian kerana dia terpaksa tahan kesakitan tersebut sepanjang itu hinggalah tepat pada jam 11.45 pagi, apabila dia dah mula rasa kelainan dan aku pula cepat² memanggil jururawat yg ada. Jururawat tersebut memeriksa dan kemudian bergegas keluar untuk memanggil jururawat yg lain kerana sudah tiba masanya. Tepat jam 12.13 tengah hari, Nur Amira Qistina telah dilahirkan dengan seberat 2.63kg. Saat itu merupakan saat yg paling sedih bercampur gembira bagi seseorang yg bergelar suami dan bapa. Sedih kerana melihat kepayahan isterinya menahan sakit dan meneran, manakala gembira kerana melihat isterinya telah selamat dari kesusahan itu tadi & melihat cahaya mata yg comel dihadapannya.
Aku amat bersyukur pada Ilahi kerana mengurniakan aku 2 cinta hati iaitu Suraya & Nur Amira Qistina.



