Ni kisah satu makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi & selalu cuai + pemalas, bos baru ni cadang nak ajar mereka sikit first day dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.
“Yg berbaju biru tu” dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua pekerja tersentak dan memandang ke lelaki berkenaan. “Brape gaji awak?” dia bertanya dgn nada yg agak keras. “Dalam RM800″ pekerja tu menjawab. Bos tu menjawab, “Nah amik ni Rm800, BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN”. Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opisnye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu, “Mamat tadi tu kerja department mana?”. Jawab si pekerja, “Owh, dia tu datang anto pizza, tak keje sini pun”.
Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Nama depa ni Ali, Budin & Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukanla jahil sangat seperti yg disangkakan”.
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk jugak lagi. Masuk je kali ke-3, Budin panggil tok imam. “Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur la ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!”
. Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii. Lepas solat, tok imam pun puji2 ler si Ciko ni. Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang. He heee…”
Tok imam pun terkedu & terpana…