Aku menyambut ulangtahun pertamaku di sini. Tempat ini merupakan tempat yang paling romantik, nyaman dan tenteram yang pernah aku jumpa di Kuala Lumpur. Walaupun terletak di Ampang (di tengah² Kuala Lumpur), ianya terletak jauh dari kesibukan kota. Ianya adalah seperti Genting Highland kerana anginnya sentiasa meniup (walaupun tidak sesejuk di Genting). Di sini, anda boleh melihat seluruh Kuala Lumpur dan yang menariknya ialah anda melihatnya dari jarak dekat. Terdapat juga Menara Tinjau yang mana anda boleh melihat kawasan sekitarnya dari jarak yang lebih tinggi dan juga terdapat sebuah Taman Burung, tapi ianya tidak dibuka pada masa itu. Terdapat 3 buah restoran yang baru didirikan di sini dan pilihanku adalah Look Out Point Restaurant kerana ianya nampak strategik.
Aku tiba di sini lebih kurang pada jam 5.50ptg. Aku datang awal kerana ingin melihat² kawasan ini yang dikatakan sangat menarik. Masa kami sampai, kawasan itu agak lengang kerana tidak ramai yang datang seawal kami. Jadi, kami sempat mengambil gambar dan meninjau kawasan sekitarnya, memang menarik. Dan tepat pada jam 7ptg, kami ke restoran tersebut untuk makan. Nasib baik aku telah menempah awal tempatnya kerana apabila kami tiba, restoran tersebut mula dipenuhi orang. Jadi aku duduk ditempat yang ditempah olehku bersama isteriku dan kami dapat melihat matahari terbenam sambil menikmati Western Food yang kami pesan. Makanan disini taklah sedap sangat (ok ok je), tapi pemandangannya cukup romantik. Harga makanannya? Cukup berpatutan. Alangkah terkejutnya apabila kami keluar restoran pada jam 8.15pm, kerana tempat itu sudah dipenuhi kereta malah sesak dijalan masuk/keluar kerana berpusu² kereta yang cuba masuk & keluar dari tempat tersebut. Jadi, jika anda lambat tiba disini, anda berkemungkinan terpaksa meletakkan kereta dibawah bukit dan kemudian berjalan untuk naik ke restoran. Hehe.
Dibawah ini, aku siarkan gambar² yang kami berjaya ambil. Gambar ini tak nampak jelas atau menarik, tapi ianya jauh lebih menarik jika anda melihatnya dengan mata anda sendiri…
Ini pula gambar di waktu malam…
Keadaan huru-hara ketika nak keluar parking. Sangkut 15minit hanya keluar parking tu…
Dan akhirnya, ini bil kami utk 2 org makan…
Yer, RM35.39 utk 2 org makan termasuk cukai



