CIKGU : Baiklah, kita mulakan soal jawab. Fezzul bangun!!!

(Fezzul yang baru bangun dari tidur tiba-tiba berdiri)

CIKGU : Jawab dengan pantas, siapakah yang telah membunuh J.W.W Birch?

FEZZUL: Sumpah, saya tak bunuh. Betul cikgu, saya tak kenal pun orang putih tue… (sambil menangis melolong)

CIKGU : Mampos kalau aku ada 20 orang pelajar macam ni… (dalam hati)

Seorang misi di sebuah hospital sakit jiwa melihat salah seorang pesakitnya sedang menulis surat.

“Kau menulis surat untuk siapa? ” tanya misi itu.

“Saya menulis surat untuk diri saya sendiri, ” jawab si pesakit jiwa tenang..

“Jadi.. apa yang kau tulis? ” tanyanya lagi.

“Mana saya tau? ” jawab si pesakit. “Saya kan hanya akan menerimanya pagi esok…!!”

Chot berada di luar negeri. Masa tu musim sejuk. Tapi dia lupa nak bawak baju sejuk dr Malaysia masa tgh kemas beg dia smlm. Nak beli baru, mahal. Jadi, dia tepon bini dia minta diposkan baju sejuk dia yg tertinggal tu.

Selang 2 hari dgn kecekapan courier service, Chot terima bungkusan dari bini dia. Di dalam kotak bungkusan itu ada satu nota bertulis: “Bang, saya dah buang semua butang baju sejuk ni sebab butang2 ni berat sangat dan boleh menyebabkan saya terpaksa membayar harga yang lebih mahal untuk courier service ni. Tapi abang jangan risau sebab saya dah letak kesemua butang tu kat dalam poket belah kanan baju sejuk tu.”

Kata Chot dalam hati, “Tak sia2 aku kawen dgn kamu ni. Bijak orgnya!!!”

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: “Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya.”

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: “Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya ‘ Allah pun pak cik tak sebut?”.

Sampuk si bapa: “Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!”.

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun.

Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.

Kekura I: “Ermmm….. salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?”

Kekura I dan II saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.

Kekura III: “Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua.”

Kekura I & II: Eh Taklah. “Kita orang tunggu sampai engkau datang.”

Kekura III: “Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?”

Kekura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”

Kekura III: “Kalau 3 jam?”

Kekura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”

Kekura III: “Kalau 1 hari?”

Kekura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”

Kekura III: “3 hari?”

Kekura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”

Kekura III: “5 hari?”

Kekura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”

Kekura III: “1 minggu?”

Kura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu.”

Kekura III: “2 minggu?”

Kekura I & II: “Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah.”

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I: “Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je laaaah.”

Kekura II: “Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni.”

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru “Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan? kan?!!!”

Kekura I & II : ” @#$%^& !”

« Previous PageNext Page »